CUKAI 23 JULAI - Saya telah lama rasa terpanggil bagi menulis artikel antara konsep pembangunan dan pengisian. Sebenarnya saya bukan pakar dalam pembangunan. Latarbelakang saya daripada bidang komputer. Apa yang buat saya tertarik adalah kerana saya orang asal Kemaman. Senang cerita saya memang anak jati yang dilahirkan di Cukai Kemaman.
Bila bercakap pasal pembangunan, apa yang terfikir dibenak fikiran kita? Kemaman kekadang dibandingkan dengan bandar terdekat kita Kuantan. Ada yang kata kenapa Kemaman tak boleh jadi seperti Kuantan. 10 tahun pun mungkin tidak akan berlaku kerana kita tak boleh samakan antara daerah kecil dengan sebuah ibu negeri. Kemaman dan Kuantan jelas satu perbezaan besar.
Bercakap pasal konsep pembangunan juga, tidak boleh lari daripada identiti asal kita. Kita tak boleh salin identiti orang lain. Kita kena jadi diri kita yang sebaiknya. Di Kemaman hari ini kalau dilihat pembangunan semakin meningkat. Banyak premis baru tumbuh sana sini. Tapi konsep saya secara peribadi berpandangan ianya masih belum berapa jelas. Kalau dilihat di Venice kita akan faham betapa identiti konsep pembangunan begitu dititikberatkan daripada awal Venice dibangunkan hinggalah ke hari ini. Bayangkan Venice tanpa air, maka lenyaplah Venice di muka bumi ini. Dari dulu hingga sekarang konsep pembangunan Venice masih dikekalkan. Air adalalah elemen terpenting yang sudah pasti tidak dapat dipisahkan dengan Venice. Begitu hebat pakar pemikir terdahulu dan jurutera yang pernah dan sedang terlibat bagi menaikkan Venice. Saya terasa satu hari nanti saya juga akan sampai dan melawat Venice.
Kemaman tidak akan jadi seperti Venice secara dasarnya. Kemaman tetap Kemaman dan rakyat Kemaman sudah tentu berbangga dengan Kemaman. Sebagai anak jati, saya melihat banyak lagi potensi yang belum diterokai di Kemaman. Dalam menerokai pembangunan seharusnya konsep sesebuah pembangunan wajib dititikberatkan. Kalau kita tengok Melaka Sentral daripada aplikasi Google Earth, sebenarnya Ketua Menteri Melaka ketika itu mengilhamkan sesuatu identiti kepunyaan Melaka (Kereta Lembu). Apa yang ada di Melaka Sentral dari segi konsep amat bagus untuk dijadikan contoh. Tapi, konsep belum cukup dan memadai. Elemen yang lebih penting selepas pembangunan naik disesebuah kawasan adalah berkisar dengan persoalan Pengisian. Apakah pengisian bagi pembangunan itu telah memenuhi kehendak penduduk sekitar? Apakah sebarang kajian keperluan pengguna dibuat? Apakah bancian penduduk menyokong bentuk pembangunan yang akan dijalankan? Adakah pembangunan tersebut akan menjadi pemangkin yang berjaya kepada sub sektor ekonomi yang lain?.
Banyak persoalan boleh ditimbulkan disini. Oleh itu konsep pembangunan tidak dapat dipisahkan dengan pengisiannya. Sebuah bangunan yang gagah mencakar tubuh langit ibarat lalang yang menari ditiup angin. Betapa ghairahnya jika dilihat pembangunan di Dubai sehingga begitu banyak bangunan dicipta begitu cantik dan mengkagumkan indera mata, tapi bagaimana dengan pengisiannya? Saya tinggalkan persoalan ini untuk difikirkan oleh kita semua rakyat Kemaman bagi menconggak pembangunan sekitar kita. Konsep pembangunan dan pengisian suatu yang bukan subjektif. Ianya boleh dijelaskan. Boleh ditimbulkan menjadi suatu karya yang mengkagumkan jika ianya dikehendaki. Sama-samalah kita renungkan.
Wasalam